Sijil Halal Shaklee

Ada yang bertanya jika Shaklee di sahkan halal.

Ya..ada.

Ini dia Sijil Halal 2017.

Sijil halal ini dikeluarkan oleh Islamic Services Of America

Kenapa Bukan Jakim?

Mungkin anda tertanya-tanya. Kenapa bukan sijil halal dari JAKIM?

Jom saya kongsikan fakta-fakta berikut semoga lebih jelas dan faham perkara ini.

Jakim hanya berkuasa untuk pantau status halal jika produk adalah keluaran di Malaysia.

Jika produk luar, ia di pantau oleh badan penguatkuasa halal negara tersebut.

Islamic Services Of America adalah badan halal luar negara yang mendapat pengiktirafan JAKIM. Boleh rujuk disini untuk fakta yang lebih jelas.  (rujuk muka surat 23)

Perlu hadir ke kilang pengelur untuk pantauan lanjut adalah antara langkah dalam proses memberi pengiktiraan halal.

Jika JAKIM adalah bdan yang mahu memproses status halal Shaklee, maka perlu dibuat lawatan ke kilang di USA.

masih banyak kilang dan produk tempatan yang beratur menunggu giliran lawatan dari pihak JAKIM, kenapa harus melalui proses kompleks ini, walhal ISA adalah badan penguatkuasa halal yang diiktiraf JAKIM.

Kenapa Tiada Cop Halal Pada Botol Vitamin Shaklee?

Ini kerana sijil halal sudah dikeluarkan.

Pada sijil sudah tersenarai semua produk yang mendapat kelulusan dan diiktiraf status halal.

Supplement jenama lain juga banyak yang tidak mempunyai cop halal atas sebab yang sama juga

Semoga anda lebih jelas dan tiada keraguan lagi berkaitan topik hangat ini 🙂

Leave a Reply