Makanan yang boleh bantu kecutkan cyst semasa mengandung

Sesiapa pun akan merasa risau bila scan mengandung doktor sah kan ada cyst di dalam rahim. Namun, ibu tidak perlu risau jika doktor mengatakan ianya tidak merbahaya dan hanya perlu mencatat perkembangannya sahaja.

Sekiranya cyst tidak membesar, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Namun, sebaiknya ibu mengandung menjaga pemakanan dan perlu tahu makanan yang boleh membantu kecutkan cyst & apakah makanan yang perlu dielakkan.

Makanan yang bagus kecutkan cyst

Secara asasnya, elakkan makanan yang boleh menyebabkan hormon estrogen menjadi tinggi. Elakkan juga makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak. Makanan yang bagus di amalkan untuk membantu kecutkan cyst ialah :

1/ Makanan yang tinggi antioksida

Pencemaran udara , gaya hidup kurang sihat dan pemakanan yang tidak cukup nutrisi menyebabkan tubuh kekurangan zat.

Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi antioksida agar tubuh berdaya tahan menepis serangan radikal bebas dan mengelakkan ketidak stabilan hormon ini.

Makanan tinggi antioksida seperti :

  • makanan dalam keluarga berries ; strawberry, blueberry, blackberry, anggur
  • dark coklat

2/ Makanan yang berasaskan soya

Phytoestrogen dalam soya dapat mengawal estrogen dalam tubuh. Makanan berasaskan soya seperti, minuman dari soya asli (pilih lah yang tidak diubah genetik non-GMO soya), tauhu, tempe.

3/ Makanan tinggi magnesium

Makanan tinggi magnesium dapat mengurangkan kekejangan akibat ovarian cyst. Makanan tinggi zat magnesium seperti :

  • almond
  • pisang
  • prunes
  • kacang gajus
  • broccoli

4/ Makanan tinggi kandungan omega-3

Omega-3 mudah didapati pada ikan salmon. Juga terdapat pada flaxseed. Kandungan Omega-3 ini membantu mengawal kestabilan hormon & mengurangkan risiko rintangan insulin.

Seimbangkan pemakanan anda apatah lagi ketika mengandung untuk menjamin kesihatan diri dan bayi kesayangan..

Makanan yang perlu dielakkan

Saya kongsikan juga kategori makanan yang seharusnya dielakkan oleh ibu mengandung yang mempunyai cyst. Ini untuk mengelakkan cyst dari membesar dan mengakibatkan ia menjadi bahaya pada tubuh.

1/ Gula putih

Tukarlah kepada gula perang atau atau madu. Ibu perlu mengurangkan kuantiti pengambilan gula.

Gula putih menggalakkan penghasilan hormon estrogen. Ia ibarat makanan kepada hormon ini untuk bertindak  lebih aktif.

Elakkan juga pemakanan manis yang tinggi gula seperti; kek, pastry, aiskrim apatah lagi gula-gula.

2/ Kafein

Kafein mengganggu kestabilan hormon.

Makanan berkafein tinggi seperti :

  • kopi
  • teh
  • coklat

Oleh itu, sememangnya kebanyakan penyakit berpunca dari corak pemakanan dan gaya hidup kita.

Ubah cara pemakanan kepada yang lebih sihat, pelajari jenis makanan yang baik di ambil dan yang sebaiknya dielakkan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan gembira bersama yang tersayang.

Anda mampu berubah! 🙂

 

Kak Is | +6012-2634001 | ismaaniza@gmail.com

 

Leave a Reply