Soya Bahaya Untuk Pesakit Ovarian Cyst? Fakta Atau Mitos?

Ovarian cyst ialah sejenis ketumbuhan dalam ovari yang bukan kategori kanser. Doktor biasanya hanya akan mencadangkan ia dibuang bergantung pada jenis cyst dan saiznya.

Cyst berlaku akibat hormon yang tidak stabil dalam badan. Mengikut kajian dan pelbagai jurnal perubatan, hormon estrogen yang berlebihan dalam badan, antara puca utama Ovarian Cyst.

Untuk lebih tahu jenis-enis cyst, boleh rujuk entri ini : Jenis-jenis cyst.

 

Apa kaitan Soya dan Ovarian Cyst?

Banyak rumours berkaitan soya bahaya pada pesakit ovarian cyst kerana kandungan soya yang dikatakan mengandungi estrogen.

Benarkah?

Jom kita kenali lebih lanjut berkenaan soya ini.

Soya mengandungi phytoestrogen. Phytoestrogen ini mengandungi bahan yang dikenali sebagai isoflavone. Isoflavone ini mempunyai struktur kimia yang hampir menyerupai struktur estrogen.

Namun, tindakan phytoestrogen pada tubuh adalah lemah, tidak sekuat estrogen. Malahan, kajian membuktikan phytoestrogen banyak memberi kelebihan pada tahap kesihatan seperti tulang dan jantung.

Rujuk disini : Kesan isoflavone yang menyembuhkan pesakit kanser payudara.

Punca Estrogen Berlebihan

Beberapa faktor dikenal pasti sebagai punca hormon estrogen yang berlebihan dalam badan.

1/ Makanan berdaging & tinggi lemak. Lemak yang berlebihan bertukar kepada estrogen.

Rujuk jurnal ini berkaitan : Makanan tinggi lemak punca estrogen tinggi dalam badan.

2/ Tekanan hidup yang tinggi dan berpanjangan

3/ Kurang bersenam

Bersederhana dan gaya hidup sihat

Dalam apa jua yang kita lakukan, jika berlebihan pasti mengundang sesuatu yang bahaya atau masalah.

Ibaratkan, plastik yang di isi air. Air berterusan disalurkan setiap hari. Semakin hari, semakin penuh. Namun, air tetap dipaksa isi dalam plastik itu. Pada mulanya, air berlebihan melimpah keluar dari bekas plastik. Namun, paksaan yang berterusan, menyebabkan bekas plastik akhirnya pecah.

Begitu juga dalam pemakanan seharian kita.

Bersederhanalah dalam setiap perkara. Pengambilan makanan secara berjadual dan mengawal kuantiti yang sepatutnya pasti memberikan impak kesihatan badan yang lebih baik.

In sha Allah 🙂

 

 

Leave a Reply