Risiko Dan Rawatan Cyst Ketika Mengandung

Cyst jenis kanser atau saiz yang besar, perlu dibuang.

Ini kerana, cyst bersaiz besar ada kemungkinan berisiko pecah atau berpintal. Ini boleh membahayakan anda dan kandungan.

 

Boleh baca lebih lanjut untuk jenis-jenis cyst di entri ini.

Antara petanda cyst adalah :

  • sakit di bahagian pinggul
  • kejang-kejang di bahagian ari-ari atau bahagian rahim
  • kembung perut
  • rasa sakit ketika hubungan kelamin

Risiko Cyst Ketika Hamil

Masalah utama berlaku apabila cyst ini membesar. Ia boleh menyebabkan berpintal atau pecah.

Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan kesakitan kepada ibu sehingga boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran bayi pra-matang.

Apakah rawatannya?

Biasanya doktor yang mengesan cyst pada ibu hamil akan mengenalpasti saiz dan jenis cyst. Doktor akan memantau perkembangan cyst. Biasanya pemeriksaan setiap 2 minggu dilakukan.

Jika cyst membesar, cadangan membuang cyst akan disyorkan.

Pembuangan cyst lebih stabil dilakukan setelah kandungan berusia lebih 12 minggu.

Kaedah mengeluarkan cyst adalah melalui kaedah laparoscopy.

Leave a Reply