Jenis Cyst Ketika Mengandung

Menurut Dr. Zubaidi, kebarangkalian berlaku cyst kepada wanita hamil ialah 1 dalam 1000. Kebanyakannya tidak bahaya. Namun, ketika pemeriksaan, perkara penting anda perlu tahu ialah saiz dan jenis cyst itu.

Cyst yang bersaiz kurang 5cm, biasanya doktor tidak akan keluarkan, hanya melihat perkembangan saiz cyst itu semasa pemeriksaan. Namun, cyst yang besar, melebihi 7cm, mungkin doktor mencadangkan pembedahan membuang cyst dilakukan kerana bahaya jika ia membesar dan menyebabkan ovari berpintal atau pecah. Ini membawa bahaya pada kesihatan ibu hamil.

Doktor juga akan  mencadangkan cyst dibuang jika mengenalpasti ia adalah jenis kanser.

Jenis-jenis cyst

2 jenis cyst dikenalpasti seperti berikut :

#1 – Cyst Biasa

Kantung yang melepaskan telur semasa tempoh subur, kadangkala tidak keluar ; semasa cycle period.  Apabila kantung tertutup dan dipenuhi cecair. Ini yang menyebabkan cyst.

Cyst jenis ini yang paling kerap ditemui pada wanita, dan ia biasanya hilang dengan sendirinya setelah beberapa bulan.

#2 – Cyst Dermoid

Cyst jenis ini berlaku hasil daripada sisa cebisan sel telur yang dilepaskan oleh ovari (kilang telur).

Kadangkala cyst ini mengandungi rambut, tulang dan ia biasanya bersaiz lebih besar. Cyst yang bersaiz besar, biasanya akan dibuang setelah usia kandungan melebihi 12 minggu. Ini untuk mengelakkan risiko pada kandungan ibu.

Simptom Cyst

Cyst jenis biasa, tiada simptom yang jelas. Tetapi jika ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketulan pada bahagian bawah perut.

Antara gejala yang dapat dikenalpasti ialah :

  • Muntah dan loya
  • Sakit perut
  • Sakit semasa hubungan kelamin
  • Sukar atau kerap kencing
  • Rasa perut penuh dan tidak selesa dan cepat kenyang
  • Rasa berat pada ari-ari
  • Susah untuk mengandung di mana ada kaitan dengan endometriosis

Oleh itu, jom amalkn cara hidup yang lebih sihat.

Banyakkan bersenam dan ambil pemakanan yang tinggi nutrisi dan zat. Banyakkan makan buah, sayur-sayuran dan air kosong agar perjalanan darah dan fungsi tubuh lebih lancar.

Leave a Reply