Surah Yang Bagus Jadi Amalan Ibu Mengandung

Corakkan anak dari dalam kandungan semoga menjadi anak soleh dan solehah harapan keluarga membawa ke syurga.

Ibu mengandung di galakkan rajin membaca al-quran dan banyakkan berzikir.

Ada beberapa surah yang sangat istimewa hikmahnya di baca dan menjadi amalan ibu mengandung.

Surah Amalan

1. Surah Al-Fatihah

Surah ini bagus sebagai penerang hati dan kuatkan daya ingatan.

2. Surah Yusuf

Semoga memperoleh anak yang cantik rupa paras dan hebat akhlaknya

3. Surah Yasin

Semoga anak itu terang hatinya dan terhindar dari godaan syaitan.

4. Surah Luqman

Semoga memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa

5. Surah Maryam

Memudahkan ibu bersalin dan melahirkan zuriat yang sabar dan taat

6. Surah At-Taubah

Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara jauh dari maksiat

7.  Surah Al-Hujurat

Menambahkan susu ibu

8. Surah Al-Nahl ayat 78

Melahirkan anak yang disiplin

Semoga anda sentiasa mendapat redha Allah, diberikan kemudahan semasa tempoh mengandung dan dimudahkan urusan melahirkan kelak 😁

 

One Response

  1. Dedaun Comel August 18, 2017

Leave a Reply