Cara Naikkan HB Ibu Mengandung Dengan Senaman

Hemoglobin (HB) adalah bahagian paling penting dalam sel darah merah.

Ia adalah protein yang membawa oksigen ke seluruh tubuh anda. Jika anda tidak mempunyai hemoglobin yang mencukupi, anda mungkin mengalami anemia, berasa mudah letih, lemah, dan pening.

Sebelum ini, Kak Is ada kongsikan makanan yang bagus untuk tingkatkan HB.

Selain menjaga pemakanan, senaman juga dapat meningkatkan jumlah penghasilan darah, sekaligus HB pada badan.

5 Senaman Yang Bagus

#1 – Berjalan

Senaman jenis ini yang paling sesuai untuk ibu mengandung. Ini kerana, pergerakannya yang tidak terlalu agresif dan sangat mudah di lakukan.

Bagi ibu mengandung yang berkerjaya sebagai surirumah, berjalan sambil membuat kerja rumah, menyapu halaman dan mengemop lantai juga aktiviti yang menggerakkan tubuh badan.

Bagi ibu mengandung yang berkerja di ofis, boleh cuba naik tangga atau meletakkan kereta jauh sedikit dari pintu utama dan berjalan.

Konsisten melakukan aktiviti ringan ini, dapat membantu melancarkan perjalanan darah dan menggalakkan penghasilan HB yang sihat.

#2 – Berjoging atau Berlari

Berlari mungkin kurang sesuai buat ibu mengandung.

Namun berjoging secara sederhana sememangnya bagus untuk jantung. Jantung yang sihat, maka darah dengan oksigen yang tingi dapat di bawa keseluruh badan.

Oleh itu, ibu dan bayi pastinya lebih sihat.

#3 – Menari

Ibu mengandung boleh juga sertai aktiviti zumba yang mana semakin popular masa kini.

#4 – Berbasikal

Alangkah seronoknya jika dapat berbasikal di taman yang dipenuhii pokok dan bunga yang indah dan berwarna-warni.

Berbasikal adalah jenis senaman yang ringan dan sesuai untuk ibu mengandung.

#5 – Berenang

Ibu mengandung pun boleh berenang taw!

Berenang secara santai dan ringan untuk ibu mengandung. Pergerakan berenang ini melancarkan perjalanan darah dan dapat meningkatkan HB yang sihat.

Leave a Reply