Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Alhamdulillah…

1 Syawal menjelang petanda Ramadhan berakhir. Semoga kita bertemu Ramadhan akan datang dan dapat menyempurnakan dengan sempurna.

Tahun ini turn beraya hari pertama di rumah mak Kak Is 😁 Happpynyaa macam nak melompat..tapi dalam hati la, harusla cover kan 🙈

Sesudah solat sunat hari raya, sesi bergambar, terus kami sekeluarga menuju ke Rembau, menziarahi sanak-saudara belah mak dan arwah ayah yang rata-rata tinggal di Nogori Semilan..

Rumah Mak Dek, kemudian Pak Cu, terus ke rumah arwah Pak Lang dan terus ke kampung arwah ayah. Berkumpul dengan sepupu , makcik pakcik sedara di sana. Meriah!

Seronok sangat! Alhamdulillah..

Kak Is share sikit gambar-gambar beraya hari pertama.

Jurukamera : Hakeem (4 tahun 😆)

Leave a Reply