Hikmah Ramadhan Dari Ustaz Ebit Lew

Kak Is memang follow rapat FB Ustaz Ebit Lew ni. Siap set ‘See First’. Sebab post status Ustaz Ebit memang best-best sangat. Menagkap ke hati & meruntun jiwa oran kata :/

Sempena Bulan Ramadhan yang barokah ini, jom baca HIKMAH RAMADHAN dari Ustaz Ebit…

HIKMAH RAMADHAN

Saya bisik pada bidadari saya… Selamat menyambut Ramadhan sayang. Terima kaseh tau sebab sentiasa doakan abang. Syukur tak sabar lagi beberapa jam tibalah saat Allah nak beri kita hadiah tak berhenti-henti. Baiknya Allah..maha baik.. Dah terasa sejuk dan tenang Ramadhan. Ya Allah terima kaseh. Teringat mak yang akan ucap selamat Ramadhan. Ebit doakan mak bahagia dekat sana. Tunggu ebit. Tunggu ayah. Tunggu kami semua..kerana Allah kita akan bersama kembali semula..cinta sampai syurga..

Bidadari saya sebak..dia kata terima kaseh abang sayang dan bimbing saya selama ini…dia cium tangan..sebak rasa..kita cuma orang biasa dan bukan sesiapa tapi dia pilih kita lagi..untuk bersama dalam bulan Ramadhan. Kenal dan sebut namaNya..

Peluk cium anak-anak. Selamat menyambut bulan yang dinantikan anak-anak ayah..anak mencelah ayah. Bestnya kalau kita lapar kerana Allah. Sebab Allah sangat baikkan ayah? Dia bagi semua. Bestnya kita dapat belajar sayang pada orang miskin dan anak yatim. Teringat Nabi saw lapar dan susah demi agama sampai pada kita..bestnya dapat buka puasa ramai-ramai..

Ya Allah….Malam ini saat pintu langit dibuka. Doa dimakbulkan oleh Allah. Pintu syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Syaitan diikat. Kita semua ingin diampunkan oleh Allah. Rezeki orang beriman bertambah.terimaKasehAllah.sejukRamadhan..

Doa kita makbul…Doa itu ajaib..

2 waktu jangan terlepas berdoa.

Kejut isteri dan anak-anak bersahur. Kerana sahur itu berkat.

Selepas itu ajak semuanya solat tahajud 2 rakaat. Doa panjang-panjang. Doa dari hati dengan rendah diri dan faham apa yang di doakan.

 

 

Baca Al-Quran sama-sama.
Setiap ayat kita baca mak ayah kita akan naik tingkat demi tingkat dalam syurga. Tempat terakhir mak ayah kita ialah tempat terakhir bacaan Al-Quran kita.
Hadiahkanlah syurga paling tinggi buat mak ayah. Dalam syurga, Mak ayah kita diberi mahkota yang bercahaya dan pakaian yang lebih mahal dari dunia. Bila ditanya kenapa kami diberi pakaian ini. Diberitahu ini kerana bacaan Al-Quran anak kamu.

Bawalah isteri dan anak-anak sama-sama baca Al-Quran. 1 hari 1 juz. Baca Al-Quran sebelum Subuh.
Jikalau orang tahu nilai baca al-Quran sebelum Subuh. Rasanya..Kesannya..Allahuakbar.

Keduanya jangan lupa banyak berdoa terutama sebelum berbuka. Sebelum masuk waktu Maghrib. Doalah panjang-panjang. Mintalah apapun. Allah pasti kabulkan.

Teringat semasa di sebuah masjid berbuka puasa.

Ribuan orang berbuka puasa. Kami beberapa dulang orang Malaysia. Biasanya sebelum berbuka lebih kurang 15 minit kami berdoa bersama-sama sehingga berbuka puasa. Doa ketika siang dan malam buka puasa makbul. Alhamdulillah masih amalkan sehingga hari ini.

Saya berdoa tapi sambil senyum-senyum sebab nampak makanan banyak. Budak-budak lagi.

Tiba-tiba saya nampak jemaah dan pelajar Indonesia mereka cuma ada sedikit makanan dan kurma cuma 2 dulang. Mereka semuanya menangis semasa berdoa. sambil tersedu-sedu.

Malamnya saya tanya pada mereka kenapa menangis. Jawab mereka syukur dengan nikmat Allah dan teringatkan Nabi saw dan keluarga Nabi saw lapar demi kerana Allah dan sehingga jadi sebab kita semua dapat Islam. Kami menangis bersama-sama.

Hargailah Islam ini dan Sunnah Nabi saw. Bagaimana kita tidak menangis sedangkan sunnah Nabi saw telah hilang dari kehidupan kita. Anak kita kenal pemain bola yang tak bagi sesuap nasi pun pada kita. Tapi tidak kenal nama anak dan cucu baginda saw. Kenalkan seluruh sahabah rhum yang berjuang untuk Islam ini. Ramadhan bulan keampunan dan doa makbul.

Adakah kita benar-benar berdoa? Adakah kita minta kemaafan dari Allah?-ebit lew

#jomElewsDesign #jubahRamadhan #bangiSentral
#jomHayfarayyan #fbHayfarayyan #tudungMuslimah

#jemputanTrainingCeramah #0132556423.#jelajahSekolahProkids

#setCdDanBuku #whatsapp0132984984

#transformTrainingConsultancy #transformPublication #paramountCoffeeHouse #keluargasunnah #prokids #ebitlew

Leave a Reply