Motivasi – Bagaimana Kita Melihat Kehidupan?

Di petik dari Facebook Ustaz Ebit Liew.

Sangat mendalam dan coretan ini sememangnya harus di ketahui semua agar lebih percaya dan yakin dan memahami apa itu Qada’ & Qadar Allah.

 

Kisah bermula…

Seorang wanita sedih dikecewakan oleh orang yang dicintai dan harapkan dalam hidup. Terasa musnah segalanya. Hilang segala harapan dan rasa disiat-siat hatinya apabila dia dengar pasangan yang dinantikannya telah ada orang lain dan berkahwin dengan orang lain.

Betapa sedih dan hancur hatinya. Dia teramat sedih dan kecewa. Dia mula dekat diri pada Allah. Selama ini tak solat. Dia mula solat. Selama ini tak bertudung dia mula bertudung. Hari-hari mandi air mata. Menangis jer. Sakit rasa sempit dunia. Mengapa aku diuji begini? Bukan orang lain. Mampukah aku lalui hidup ini…

Rajin mencari majlis ilmu. Saat itu baru dia mula tersedar. Dia ada Allah yang sayang padanya. Ibubapa yang teramat sayang padanya. Dia tak seorang dalam hidup ini. Sehinggalah satu hari ada orang meminangnya. Dia istikharah dan doa. Allah buka rasa dan inginkan lelaki itu.

Mereka bernikah dan katanya ialah bahagia yang hakiki. Suami yang membimbing mengenal Allah. Kenal Rasulullah saw. Yang akan bersama sehingga tua dan sehingga syurga. Dia menangis peluk ibubapanya. Itulah ajaibnya jaga solat awal waktu. Rajin solat dhuha. Sangka baik pada Allah sentiasa..

Kita semua tak nak susah, sedih, sakit, kesempitan hidup…tapi tanpa semua ini kita lupa diri, sombong. Bila ditimpa semua ini baru kita menangis dan akhirnya kita mula balik pada Allah. Baru kita rendahkan diri. Baru kita ingat ada yang sayang kita lebih dari kita sayang sesiapa..apa yang kita harapkan dalam hidup ini jika kita lupa Allah. Jika kita lupakan ibubapa..

Pernah saya, naik keretapi di India. Kami dah beli tiket keretapi ekspres kelas 1. Yang paling baik. Takdir Allah, guru saya memberi ceramah panjang. Dia kumpulkan anak muda kampung dan dakwah mereka.

Sehingga kami tertinggal kereta api. Kami kena tukar-tukar bas. Dan tidur di bus stop. Semua orang marah dan tak boleh bercakap. Sebab dah terlambat. Itu jer duit kami pun. Takde duit lain. Ada sikit lagi duit..semua orang masam muka dan tak boleh bercakap dah. Kawal dan cuba jaga hati..

Kami solat dan buat dakwah di bus stop tu. Kami solat jemaah. Ramai orang datang tanya soalan agama. Tapi kami tak boleh senyum dengan ustaz kami. Seorang alim besar..

Takdir Allah bila kami sampai di new delhi. Perjalanan sepatutnya tak sampai sehari telah jadi 2 hari. Dengan debu dan panas. Ya Allah. Tak rupa orang dah kami..terasa bagaimana tinggal di tepi jalan macam pengemis di sana..

Sekali bila sampai kami dapat berita keretapi yang patut kami naik telah kemalangan. Ramai meninggal dan cedera. Siapa tahu takdir Allah. Semuanya baik buat kita..kami peluk ustaz kami dan kata kami belajar iman hari ini. Kami minta maaf.

Masa berjalan di bawah tengok bangunan besar dan tinggi begitu besar. Bila naik kapal terbang tengok ke bawah. Semuanya jadi kecil tak sampai satu jari telunjuk klcc. Begitulah dunia dan masalahnya terasa begitu besar. Tapi bila rapat dengan Allah. Besar berat tapi terasa sangat mudah dan tenang..Siapa sangka apa yang Allah sembunyikan disebalik kesusahan dan kesedihan. Mintalah pertolongan Allah dan jalan sabar dan solat-ebit lew

#www.transformjiwa.com #jelajahNegeri #prokids #mei #upmSerdang #utmSkudai #mmuMelaka

Terima kasih ustaz atas peringatan.

Semoga mendapat berkat dunia dan akhirat.

 

Leave a Reply