Masa Berkualiti Dengan Permata Hati

Sejak jadi kakak, I Sara memang banyak beralah lagi-lagi Hakeem pulak jenis yang cepat sangat meleleh air matanya. Menjurai-jurai macam kene pukul pulak gayanya 😅

 

Sehari entah berapa kali menangis. Asalkan tak kena dengan kehendak dia. Itulah manja sungguh anak lelaki yang sorang itu. Itu juga buat kakak Sara geram dan sayang dengan adik ❤️

 

Hari ini sekolah agama cuti. Sebab ada majlis ihtifal. Mama pun kebetulan memang dah ambil cuti sebab ada urusan pada sebelah petang. Terus mama ambil kesempatan buat adhoc plan nak spend quality time dengan kakak.

 

Kakak kata nak beli cekak warna hitam. Nak pakai pergi sekolah katanya. Jom mama layan kakak pagi ni 😁 Kakak selalu cakap mama asyik kerja keras, keluar pagi & balik rumah malam selalunya kakak dah tertidur pun baru mama balik 😬

 

Duhai anak, tanggungjawab kerja memang bukan mudah sayang.

 

Mama bawak kakak pergi Sunway Pyramid. Sarapan dulu di Hometown Coffee. Amboi..macam-macam kakak order. Mama layankan sajalah kan. Bukan selalu dapat masa macam ni.

 

Lepas kenyang, mama bawak kakak jalan-jalan sekitar sunway pyramid. Singgah Shaklee kejap ambil order customer yang order Set Hamil Shaklee.  Lepas tu mama bawak kakak shopping cekak baru.

 

Happy kakak Sara! 😍

Siap cakap terima kasih mama. MasyaAllah, indah sungguh perasaan itu.

Terima kasih Allah.

 

 

 

 

Leave a Reply