Tampal Gigi di Klinik Gigi My Dental Care

Kali ni kami datang lagi ke Klinik Gigi My Dental Care Shah Alam yang semestinya mesra kanak-kanak ini. Kami walk-in sahaja, sebab kesian tengok gigi Hakeem yang dah berlubang dan gigi atas kakak Sara yang dah lama goyang tu.

 

Lepas breakfast dengan mak, kami terus ke Shah Alam. 9.40am kami dah sampai. Ingatkan klinik tu bukak pukul 9, rupanya buka pukul 10. Bebudak dah excited nak masuk, so kami tunggu je depan pintu klinik sambil berwefie hihi.

 


 

Bukak je pintu klinik, terus kami serbu. Daftar jadi yang pertama, boleh setel cepat sikit. hihi. Lagi pun 20minit berduri tunggu depan klinik. berpeluh jugak laa, nasib baik dah sarapan pagi.

 

Lepas daftar, terus doktor cek kakak sara dulu. Letak ubat pelali warna pink, sekelip mata, siap! Haha.

 

Lepas tu giliran Hakeem pulak. Dalam hati harap-harap tak ada la drama sangat! Memang betul, memang ada drama. Dah tau sangat dah perangai Hakeem. Dia lari keliling bilik 2 round tak nak cek gigi. Puas lah assistant doktor tu pujuk. Akhirnya, doktor cadangkan Hakeem baring atas pangku mama. Baru lah Hakeem ok. Alhamdulillah, lega…

 

 

Sebab Hakeem ni dari kecik memang suka tidur sambil menyusu, jadi gigi dia rosak sikit. Sian Hakeem. Itu pun banyak ok compare sebelum ni sebab kami rajin gosokkan gigi dia.

 

Doktor bersihkan gigi, lepas tu tampal. 4 tampal. Fuhhhhh!

Lepas tampal, drama lagi. šŸ˜¬ Sib baik la boleh jalan pujuk dengan spek hijau. hihi. Lega…Sambung lagi cek gigi. Pastu setel!

 

Total cost cabut gigi kakak ,RM60. Tampal gigi hakeem jumlah semua RM380.

 

Hakeem happy pulak, asik bukak mulut siap cakap dah takde lubang. alahai, comel anak mama šŸ˜˜

 

Leave a Reply