Klinik Gigi Mesra Kanak-kanak : My Dental Care

Hari tu kali pertama kami nak bawak i sara jumpa doktor gigi. Memang dah tau gigi bawah dia dua batang goyang. Saya fikir, oklah tunggu je goyang bebetul , nanti mesti tercabut sendiri macam zaman kita dulu, ayah tolak sikit je, terus tercabut, setel!

Rupanya, makin tunggu, kakak cakap dah tumbuh gigi baru dekat belakang. Alamak! Tak boleh jadi ni, nanti tak cantik pulak gigi anak mama jadi berlapis kang. Terus mama decide nak cuti aritu, nak bawak kakak pegi jumpa doktor gigi.

Mama survey tanya kengkawan, klinik gigi yang mesra kanank-kanak sebab mama pun tak tahu respond kakak yg 1st time nak cabut gigi. (mama pun seriau sebenarnya hihi).

Ada kawan recommend HKL ,tapi kena buat appointment. Jadi, mana ada masa nak tunggu-tunggu ni. Dah la mama ni susahnya nak ambik cuti. Ni lah hari yg tak boleh di sia-sia kan.

Mama pun mula la google dan search je dekat facebook. Terjumpa Klinik Gigi My Dental Care. Tengok facebook ada cawangan di Shah Alam. Scroll facebook lagi, tengok macam best je klinik ni. Terus ambik nombor dan call nak tanya info.

Lepas tanya-tanya, siap tanya harga untuk cabut gigi, terus rasa confident! Ni lah agaknya klinik gigi yg best untuk cabut gigi pertama kakak 🙊 Poyo ke tak kan mama i sara ni la hai.. tapi memang camtu lah perasaannye tau. 1st experience la katakan. Dah tu kita nak yang terbaik utk anak kita kan..

Terus call balik cakap nak datang petang lepas lunch. Dia kata ok, boleh datang. Set!

Lepas lunch ,kami husband & wife ambik i sara dari Little Caliph, terus ke Shah Alam. Lokasi bersebelahan Hospital DEMC. Senang sangat cari. Besar-besar tulis Klini Gigi My Dental Care.

Masuk ja, memang suasana Klinik dah buat kami punya 1st impression yg WOW!

Punyala cantik interior design nya. Kemas, siap ada gelongsor, terus kakak happy je main sambil tgk upin ipin. Siap ada teh o panas, untuk tetamu basahkan tekak. Mak aih, memang tiptop sungguh servis nya 😁

Lepas daftar, terus jumpa doktor panggil buat sikit consultation. Rasanya nak bagi bebudak tak panic kot. Doktor macam borak-borak dengan kakak. Siap pesan, tak payahlah minun susu pakai botol lagi. Nanti gigi kakak tak cantik. Hahaha, terus tersipu2 malu kucin la kakak sara oiii 😂

Masuk dalam, doktor tengok gigi, inject bius, pasang citer Didi & Friends dekat handphone. Sambil bersembang, tiba-tiba siap! Eh, kejap je? Haha..Express!

Kakak siap gelak-gelak lagi. Punyalah happy. Doktor cakap, 1st patient yg happy benor cabut gigi 😆 alahai kakak sara yg cool. Alhamdulillah..selesai dgn aman damai. Kos dalam RM200.

Leave a Reply