PETUA TOK NEK : Tanda Mengandung Anak Lelaki

Orang dulu-dulu memang banyak petuanya. Tak payah scan pun katanya boleh meneka kandungan kita anak perempuan ke lelaki.

Scan dengan mata je katanya 🙂

Ini beberapa ciri-ciri yang dikatakan anda mengandung anak lelaki.

 

1\ Tak suka melaram

Kalau dulu sebelum mengandung, pegi memane mesti melaram sakan, kalau masa hamil, tetibe ibu jadi malas dan rasa rimas nak malaram, haaaa inilah orang tua kata mengandung anak lelaki lahh tu..

 

2\ Kuat tidur

Memang ibu hamil perlukan rehat dan tidur yang cukup untuk kekal sihat, namun yang hamil anak lelaki ni biasanya lagi berganda-ganda kuat tidur. Pantang letak kepala, mata pun kuyu.

 

3\ Perut lonjong

Ibu yang hamil anak lelaki dikatakan mempunyai bentuk perut lonjong seperti telur.

4\ Kedudukan perut

“…perut ke bawah ni, mesti anak lelaki ni kan..? ..”

Pernah dengar tak tok nek kita meneka begini. Dikatakan kedudukan perut akan cenderung ke bawah. Bayi lelaki akan berada di bawah rahim atau tengah rahim,  kelihatannya seperti kedudukan kandungan lebih rendah jika dibandingkan dengan bayi perempuan.

 

5\ Payudara kanan lebih besar

Perubahan hormon, memang perkara paling ketara pada semua ibu hamil. Antara perubahan tersebut akan menyebabkan saiz payudara semakin membesar. Dikatakan, jika mengandung anak lelaki, payudara kanan akan lebih besar berbanding sebelah kiri.

 

Bagaimanapun ciri-ciri ini bukanlah tepat 100%. Ia antara ciri-ciri yang banyak dialami oleh ibu yang mengandung bayi lelaki. Tak salah jika hendak membandingkan ciri-ciri tersebut dengan diri anda sendiri. Tapi jangan terlalu mempercayainya dan berharap pada kriteria tersebut.

Leave a Reply